Wednesday, April 4, 2007

AKTIVITI JABATAN


Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Mersing ( JPS ) selalunya mengadakan beberapa sambutan dan aktiviti setiap tahun. Seperti sambutan Hari Keluarga, Maulidur Rasul, Hari Raya Aidilfitri, Sukan Tahunan dan Perbarisan Hari Kebangsaan. Aktiviti-aktiviti ini akan dianjurkan pada setiap tahun dan akan disertai oleh semua warga JPS. Aktiviti ini juga biasanya akan melibatkan jabatan-jabatan kerajaan yang lain di mana akan berlangsung satu pertandingan seperti perbarisan dan rekaan sepanduk yang menarik. JPS telah memenagi beberapa anugerah dalam pertandingan sepanduk yang diadakan. Hari keluarga JPS pada tahun ini akan disambut pada bulan Mei, ia merupakan Sambutan Hari Keluarga Peringkat Negeri yang ke dua ( 2 ) diadakan. Tahun ini, sambutan hari keluarga akan diadakan di Air Papan Mersing. Pelbagai acara menarik yang diadakan, permainan dan sukan juga turut dipertandingkan. Aktiviti ini, dapat mengeratkan hubungan silaturrahim diantara staf di JPS seluruh daerah disamping hubungan dengan majikan. Ini adalah sambutan hari keluarga buat ulang tahun yang ke-75 Jabatan Pengairan Dan Saliran.

No comments: