Wednesday, April 4, 2007

GALERI PHOTO

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI



Banyaknyer makan...............................







Nak makan yang mane ni..??









Selamat Hari Raya...











Saya nak yang tu..!!











PROFILE JABATAN



Jabatan Pengairan Dan Saliran Mersing telah dirasmikan pada 15 September 1985 iatu pada hari Khamis.

WAWASAN JPS
"Kearah kecemerlangan dalam perancangan pembangunan dan pengurusan air negara demi mencapai pertumbuhan, pertanian dan sosio-ekonomi yang mampan selaras dengan wawasan negara."

MISI JPS
Memberi perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan berkesan dalam bidang pengairan, saliran, kejuruteraan sungai dan kejuruteraan pantai melalui pembangunan yang mampan dan pengurusan sumber air negara yang bersepadu.

OBJEKTIF JABATAN
Jabatan Pengairan Dan Saliran ( JPS ) ditubuhkan dengan tujuan untuk memberi sumbangan kearah pembangunan sosio ekonomi negara dan meninggikan pendapatan para petani, meninggikan hasil pengeluaran dan memperbaiki taraf kehidupan penduduk.

OBJEKTIF BIDANG PENTADBIRAN
Untuk memberikan perkhidmatan pegurusan pejabat yang efektif dan efisen sebagai khidmat nasihat bantuan ke arah mencari kejayaan Objektif Mekanikal, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Johor dalam hal :
  1. Pentadbiran Umum, Undang-undang dan Pengurusan
  2. Pentadbiran Kakitangan dan Sumber-sumber Tenaga Manusia
  3. Pentadbiran Kewangan
  4. Pentadbiran Tawaran dan Kontrak




AKTIVITI JABATAN


Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Mersing ( JPS ) selalunya mengadakan beberapa sambutan dan aktiviti setiap tahun. Seperti sambutan Hari Keluarga, Maulidur Rasul, Hari Raya Aidilfitri, Sukan Tahunan dan Perbarisan Hari Kebangsaan. Aktiviti-aktiviti ini akan dianjurkan pada setiap tahun dan akan disertai oleh semua warga JPS. Aktiviti ini juga biasanya akan melibatkan jabatan-jabatan kerajaan yang lain di mana akan berlangsung satu pertandingan seperti perbarisan dan rekaan sepanduk yang menarik. JPS telah memenagi beberapa anugerah dalam pertandingan sepanduk yang diadakan. Hari keluarga JPS pada tahun ini akan disambut pada bulan Mei, ia merupakan Sambutan Hari Keluarga Peringkat Negeri yang ke dua ( 2 ) diadakan. Tahun ini, sambutan hari keluarga akan diadakan di Air Papan Mersing. Pelbagai acara menarik yang diadakan, permainan dan sukan juga turut dipertandingkan. Aktiviti ini, dapat mengeratkan hubungan silaturrahim diantara staf di JPS seluruh daerah disamping hubungan dengan majikan. Ini adalah sambutan hari keluarga buat ulang tahun yang ke-75 Jabatan Pengairan Dan Saliran.

Monday, April 2, 2007

SELAMAT DATANG KE WEBSITE JPSMSG

JPS MERSING - JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN

JPS adalah singkatan bagi JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN. Merupakan satu jabatan kerajaan di daerah Mersing. Jabatan ini terlibat dengan pembinaan sistem perparitan dan pengendalian rangkaian sungai. Pada masa ini, JPS mempunyai kakitangan seramai 17 orang dengan diketuai oleh En. Azmi Bin Abu Samah sebagai Jurutera Daerah Mersing. Terdapat 4 bahagian di dalam JPS ini iaitu Operasi Dan Penyelenggara, Pembangunan, Pentadbiran dan Bekalan. Jabatan ini bertanggungjawab mengawal selia sistem perparitan dan rangkaian sungai di daerah Mersing. Jabatan ini juga bertanggungjawab sekiranya berlaku bencana alam ( banjir ).