Wednesday, April 4, 2007

PROFILE JABATAN



Jabatan Pengairan Dan Saliran Mersing telah dirasmikan pada 15 September 1985 iatu pada hari Khamis.

WAWASAN JPS
"Kearah kecemerlangan dalam perancangan pembangunan dan pengurusan air negara demi mencapai pertumbuhan, pertanian dan sosio-ekonomi yang mampan selaras dengan wawasan negara."

MISI JPS
Memberi perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan berkesan dalam bidang pengairan, saliran, kejuruteraan sungai dan kejuruteraan pantai melalui pembangunan yang mampan dan pengurusan sumber air negara yang bersepadu.

OBJEKTIF JABATAN
Jabatan Pengairan Dan Saliran ( JPS ) ditubuhkan dengan tujuan untuk memberi sumbangan kearah pembangunan sosio ekonomi negara dan meninggikan pendapatan para petani, meninggikan hasil pengeluaran dan memperbaiki taraf kehidupan penduduk.

OBJEKTIF BIDANG PENTADBIRAN
Untuk memberikan perkhidmatan pegurusan pejabat yang efektif dan efisen sebagai khidmat nasihat bantuan ke arah mencari kejayaan Objektif Mekanikal, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Johor dalam hal :
  1. Pentadbiran Umum, Undang-undang dan Pengurusan
  2. Pentadbiran Kakitangan dan Sumber-sumber Tenaga Manusia
  3. Pentadbiran Kewangan
  4. Pentadbiran Tawaran dan Kontrak




No comments: